![]() |
Gambar Hiasan Sahaja |
Apa itu "Smart Home" atau "Home Automation"? Home automation secara asasnya ialah anda ingin mengawal "home system" rumah anda secara automatic. (Minta maaf campur bahasa kerana saya tak pasti apa perkataan yang sepatutnya dalam bahasa melayu). Sebagai contoh anda ingin mengawal television, astro, fan ceiling atau apa2 sahaja alat yang mengguna Infra Red Remote dengan menggunakan smart phone atau computer anda. Dengan kata lain anda tak perlu lagi bergantung kepada remote control yang banyak. Anda hanya perlu install application di phone anda. Salah satu contohnya ialah mengawal lampu tandas secara automatic. Bila masuk tandas lampu akan menyala secara automatic dan padam secara automatic bila anda keluar dari tandas. Anda boleh jadikan pengawalan lampu itu lebih pintar dgn menambah fungsi untuk mengesan waktu siang atau malam. Hanya nyalakan lampu pada waktu malam atau gelap sahaja. Banyak lagi contoh application yang ada. Smart Home bukan sahaja memudahkan kerja kita, pada masa yang sama boleh menjimatkan tenaga elektrik di rumah kita.
Sekarang sudah banyak company membuat investment dalam bidang Smart Home. Namun di Malaysia masih lagi baru dan harga pemasagan "Complete System" masih agak mahal untuk orang kebanyakan. Orang kaya tak mengapa kerana mereka mampu membayar walaupun harga mahal. Saya terfikir untuk buat satu Complete System yang mana mampu di miliki oleh orang kebanyak. Kenapa saya boleh menawarkan harga jauh lebih murah dari syarikat yang sedia ada? Kerana saya akan menggunakan pendekatan DIY dan Software saya akan bangunkan sendiri. Saya mempunyai pengalaman yang agak luas dalam bidang IOT, Electrical Engineering dan Software Engineering. Sekarang saya sedang buat R&D untuk satu complete system dan saya akan jadikan rumah saya sebagai pilot project.
0 comments:
Post a Comment